Akta Pencegahan Jenayah telah pun diluluskan di Parlimen apabila selama 3 hari dewan bersidang membahaskan rang undang-undang baru ini untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
GR tak mahu untuk menulis panjang kerana akta ini telah pun diterangkan dalam semua media sosial dan juga media cetak. Tapi masih ada sesetengah pihak yang masih tidak faham atau buat-buat tak faham dengan undang-undang ini.
Undang-undang ini bukannya undang-undang baru tapi ianya adalah pindaan dan pemerluasan. Akta ini juga tidak digunapakai pada mana-mana ahli politik tak kira mereka dari Kerajaan atau pun pakatan haprak. Susah sangat ke nak faham?
GR lihat banyak persoalan timbul terutama dari puak-puak pakatan haprak. Mereka ini seolah-olah takut dengan akta ini. Kenapa lepas ni dah tak boleh buat demo sana sini ker? Senang saja, kalau tak buat salah dan kesalahan itu tak jatuh dalam kategori jenayah berat, sudah tentulah mereka tak boleh disabit kesalahan dengan menggunakan undang-undang ini.
Tapi bila buat demo sana sini yang boleh mengganggu ketenteraman awam, sudah tentulah disabit atas kesalahan yang diaorang buat. Negara kita ada undang-undang...hormatilah undang-undang in sha Allah kita semua boleh hidup dalam aman dan harmoni.sumber
Lihat video di bawah penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai PCA:
No comments:
Post a Comment