Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 8 October 2013

Ni Baru Betul "Penyagak" !!!



KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. - Sinar Harian


MF kata : ini bukan makan dah ni,kes naya lagu ni..pesanan MF kepada peniaga-peniaga terutmanya yang islam 9 pintu rezeki daripa 10 adalah berniaga,jadi jika kita seorang yang jujur,rezeki akan sentiasa datan,menghampiri kita inshaAllah...

1 comment:

  1. Mudah gelap mata bila bab duit. Hilang sekejap hukum halal haram. Penyudahnya ..."ORANG TAMAK SELALU RUGI".

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC