Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 2 October 2013

PANAS: KakiTangan Kerajaan U.S !!! Cuti Tanpa Gaji!!!!



Kita perlu ingat, bajet 2013 Selangor yang dibentangkan pada tahun lepas, hanya bernilai RM 1.63 billion, tapi peruntukkan tambahan saja sudah jauh lebih dari separuh – belum habis setahun pun.

Semua ini berlaku di negeri pembangkang walaupun BN yang sering kali dituduh cuba membankrapkan negara.

Perkara ini (tidak membayar gaji) bagaimanapun berlaku di Amerika Syarikat -negara yang kononnya kaya, maju dalam serba serbi, canggih, terkuat dan apa jadah, bila sejuta kakitangan kerajaan negara tersebut tidak akan dibayar gaji akibat peruntukkan kewangan yang dipohon Presiden Barrack Obama, tidak dilepaskan Kongres.

Sehinggakan, ada kakitangan yang terpaksa cuti tidak bergaji dan pejabat ditutup kerana masalah tersebut. Sementara yang masih bergaji, berkemungkinan besar akan menerima bayaran lambat.

Walaupun soalnya bukan tidak ada wang, cuma peruntukkan yang tidak diluluskan, tapi ia masih lagi satu peristiwa yang mencemar imej negara Uncle Sam tersebut. Di Zimbabwe yang kadar inflasinya beribu kali tinggi dari USA pun, belum ada lagi berita serupa yang dilaporkan.

Maka itu penting disebutkan bahawa pengurusan kewangan negara perlu diuruskan dengan baik dan kerajaan juga perlu mempunyai kekuatan politik yang meyakinkan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku di negara kita.

Isu negara bankrap dan tidak mempunyai wang ini boleh berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana negara yang tidak mempunyai pengurusan kewangan dan politik yang baik - termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Negara kita tak jadi macam itu, bersyukurlah.

Justeru, bila kerajaan naikkan cukai atau perkenalkan skim percukaian ke atas barangan tertentu, itu adalah untuk kepentingan rakyat kebanyakkannya. Kerajaan memang tidak boleh puas hatikan semua pihak, tapi yang lebih penting, tugas kerajaan ialah mentadbirkan negara ini dengan baik dan berhemah.

Atau semua orang pun boleh dapat susah, macam yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang.sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC