Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 8 October 2013

PANASS !!! SEORANG DEMI SEORANG ADUN DAP TINGGALKAN PARTI !!!!!!




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.

Katanya, tindakan itu diambil ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti itu yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.

Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).

Malah, Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 3 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron.

Perkara itu dinyatakan Leong San ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob atas ucapan perasmian pembukaan persidangan kedua penggal pertama DUN

Selain itu, Leong San turut menyifatkan Ketua Menteri Melaka ke-10 itu sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.

Katanya, Idris amat komited untuk membawa pentadbiran kerajaan negeri Melaka ke satu era yang lebih demokratik dan adil.

Tambahnya lagi, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju..

sumber http://siemensmelayumaju.blogspot.com)

1 comment:

  1. Rakyat Malaysia termasuklah kaum cina bukannya bodoh sangat..rasa simpati mendadak mereka pada DAP 2-3 tahun kebelakangan ini kebanyakkannya atas dasar presepsi..namun sampai bila DAP boleh main silap mata untuk menutup ??..

    Apa realitinya yg part DAP ni cacat?..dap cacat sebab amalan cronyism dan nepotism diwajarkan sebagai amalan dalam parti..Jika selama ini 'pendedahan' amalan kroni dalam UMNO yg menyebabkan rakyat terutamanya kaum cina menolak BN namun bila kaum cina kembali kepada realiti..pasti akan ada ramai lagi kaum cina yg akan lari meninggalkan DAP walaupun mereka mungkin juga tidak akan menyokong BN..
    PRU13 pilihanraya 'Ini Kali Lah' kaum cina hampir 100% sokong PR.. realitinya sokongan tersebut adalah MAKSIMUM undi yg DAP mampu perolehi..kaum cina 'all out' ketika itu..realitinya DAP tidak mampu lagi untuk menambah bilangan undi dlm PRU14 nanti..dan jika trend penolakan ke atas parti DAP tidak terkawal, tanpa jarum UMNO pun, prestasi DAP wajib tidak akan jadi lebih baik bila dibandingkan dengan PRU13..
    Dengan masa.. Cronyism dan Nepotism inilah juga yg akan menghancurkan DAP..

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC