Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 30 October 2013

PRKSgLimau : Ceramah Suram PAS Petanda Pengundi #BeraniHijrah!!!




Hari ini, genaplah seminggu kempen PRK DUN Sg Limau berlangsung. Mungkin ramai di kalangan kita yang tertanya-tanya, apakah perkembangan terkini dari kubu PAS tersebut. Apakah PAS sedang mendahului selesa atau BN sedang memberikan tentangan hebat?

Walaupun kami tidak mempunyai data dan fakta yang kukuh mengenai bacaan sebenar sokongan rakyat di Sg Limau ketika ini, tetapi kami mempunyai gambar-gambar berikut untuk dikongsikan bersama. Anda semua boleh nilaikan sendiri sama ada pengundi Sg Limau mahukan KEKAL atau sudah bersedia untuk BERANI HIJRAH.




Salahuddin Ayub, pemimpin kanan PAS yang juga merupakan calon MB Johor sebelum ini, kelihatan sedang bersemangat berucap di tengah pekan Sg Limau yang sepatutnya agak sibuk semenjak seminggu yang lalu.


Ceramah PAS di Dulang Kecil. Klik di sini untuk baca lanjut.


Ceramah PAS di Kabu Sepuluh, salah satu peti undi yang dikategorikan sebagai kubu kuat PAS di Sungai Limau. Klik di sini untuk baca lanjut.

Namun, dalam membuat perbandingan ini, kami perlu adil dan menitik beratkan beberapa kriteria seperti lokasi program dijalankan, pemimpin yang terlibat dan jenis program.

Semalam, BN telah mengadakan satu program malam kesenian budaya Islam di Simpang Tiga, satu lagi kubu kuat PAS yang terletak bersebelahan dengan PDM Kabu Sepuluh di atas. Antara yang turut hadir adalah TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Us Asyraf Wajdi dan Us Kazim Elias. Sila nilaikan sendiri sambutan yang diberikan oleh penduduk kawasan tersebut semalam.

Jalan raya sesak sepanjang 3 KM

Suasana yang meriah menuju tempat program. Ramai penduduk bersyukur kerana mendapat peluang untuk mencari rezeki tambahan

Suasana sesak sehingga menyebabkan ramai hadirin terpaksa berdiri



Antara pemimpin BN yang turut hadir dan diberikan sambutan





Setakat seminggu kami berada di Sg Limau, inilah program yang paling meriah dan diberikan sambutan yang paling hebat oleh penduduk. Kami pun agak pelik kenapa ini boleh berlaku, sedangkan program tersebut diadakan di kubu kuat PAS sendiri dan mendapat ancaman fizikal daripada militan mereka. Adakah kerana para pengundi Sg Limau menyedari akan hakikat di bawah ini? sumber -MYMASSA

patut la suram sekutu dia pergi kelain...





1 comment:

  1. SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?

    Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

    Kes 1.

    TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

    Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

    Kes 2.

    Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

    Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

    Saya ada 2 versi jawapan :

    Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

    Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

    Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

    Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

    Ana Muslimah

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC