Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 5 October 2013

Panas: Apa masalah dengan Lokman Adam ni???



Tahniah!!! Lokman Adam semakin hebat berkokok, mungkinkah mencari publisiti demi mendapatkan sokongan dan undi dari pada para perwakilan untuk memastikan hajatnya bergelar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjadi kenyataan.

Admin sedikit terperanjat dengan artikel yang dikeluarkan sahabat blogger celah gelegar yang menyatakan bahawa Lokman Adam tampil mempertikaikan tindakan kerajaan yang mengurangkan subsidi minyak sebanyak RM 0.20.

Baca artikel tersebut;

SHAH ALAM: Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

Bakal calon Naib Presiden Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.

Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.

"Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan.

"Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.

Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.

"Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman.

Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera.

Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.

"Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada kaum Melayu kerana mereka adalah deposit tetap Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

PRU-13 pada Mei lalu menyaksikan peningkatan ketara undi kaum Cina kepada pembangkang yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tsunami Cina'.

Meskipun situasi itu mengejutkan Barisan Nasional, Umno berjaya merampas kembali sembilan kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008, satu bukti sokongan Melayu yang kuat, kata Lokman.  
"Kini kita harus fokus terhadap 'deposit tetap' kerana apabila kaum Melayu kuat dan bersatu, kaum-kaum lain tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa mereka bergantung kepada kaum Melayu atau mereka akan kehilangannya. ~Sumber

Sejujurnya, admin berpandangan Lokman Adam yang menghajati  jawatan kedua tertinggi di dalam organisasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seharusnya meneliti dari segenap aspek sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Bukankah Perdana Menteri sudah memberikan kewajaran pengurangan subsidi tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar dan pada pandangan admin sendiri, ia adalah perlu untuk menarik lebih perlaburan dari luar.

Dengan harapan menggunung untuk bergelar Naib Ketua Pemuda UMNO, admin berpandangan Lokman Adam seharusnya tidak mudah terjebak dengan taktik murahan yang dibawakan Pakatan Rakyat dalam meraih undi, sekalipun beliau adalah MANTAN ahli PKR!!!

Sebagai seorang yang merasakan dirinya adalah layak bergelar pemimpin, admin berharap agar Lokman Adam lebih berpijak dibumi yang nyata sebelum mengulas sesebuah isu.

Apakah setakat ini sahaja idea yang dimiliki calon Naib Ketua Pemuda? Belumpun lagi memperoleh jawatan, segala dasar kerajaan cuba dinafikan demi untung sabut nasib sendiri.

Sewajarnya, Lokman Adam lebih kritis dalam memberikan pandangan dan jalan penyelesaian, bukannya menghentam sesedap rasa.

Nak baca yang lebih panas? Jom kita lihat gambar cubaan Lokman Adam mencium seseorang dengan klik DI SINI

4 comments:

  1. Tahniah lokman adam, jika lebih rmai pemimpin umno seperti anda insya allah umno akan pulih... jgn mcm admin yg kritik anda, bangang

    ReplyDelete
  2. Tahniah lokman adam, jika lebih rmai pemimpin umno seperti anda insya allah umno akan pulih... jgn mcm admin yg kritik anda, bangang

    ReplyDelete
  3. Tahniah lokman adam, jika lebih rmai pemimpin umno seperti anda insya allah umno akan pulih... jgn mcm admin yg kritik anda, bangang

    ReplyDelete
  4. Admin bangang ni kurang guna akai, disebabkan akainya dah dipenuhi dgn duit yg Azwanbro tabur utk menjatuhkan imej Lokman Adam. Tp dia lupa, Lokman Adam lah yg tolong Umno@BN utk dapatkan kembali Perak dan Kedah waktu PRU13, Azwanbro buat apa? Sibuk penuhkan poketnya dgn duit@projek. Kau suruh Azwanbro pi satukan pemuda2 Perak dulu dan bersihkan nama dia dpd kes SPRM pasai bola perak tu. Ko ingat koja bodoh ko buat ni boleh jatuhkan Lokman Adam ke? Mimpi je la...heee

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC