Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 6 October 2013

Laporan Jabatan Audit Negara Menunjukkan Kerajaan Malaysia TELUS !!! mesti baca!!!



Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Pelbagai isu, dan perkara telah dibangkitkan, dan secara tidak langsung, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah kepada pihak kerajaan.
Dalam proses transformasi politik yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak, semasa PRU-13 baru-baru ini, pihak kerajaan telah berjanji untuk mengutamakan sikap telus, amanah dan mementingkan integriti dalam pemerintahan. 

Justeru itu, laporan audit ini telah didedahkan untuk tatapan umum, sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya, laporan ini adalah sulit. Ini adalah langkah-langkah transformasi yang telah dibuat oleh pihak kerajaan, bagi membuktikan prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ bukanlah hanya sekadar retorik dan omong kosong.

Oleh itu, saya berharap, agar kita semua, dapat memberi ruang, dan peluang, bagi kerajaan yang baru sahaja dilantik ini, untuk membaikpulih dan membetulkan kecuaian yang berlaku oleh pemimpin yang sebelumnya.

 Insya-Allah, dengan kepimpinan yang dipilih oleh Perdana Menteri kita, saya yakin, segala kealpaan yang berlaku sebelum ini, akan dapat diatasi dengan bijak dan aman -azwanbro

#‎azwan4NKP‬ ‪
#‎onebro4NKP‬

MF kata: Dengan pendedahan laporan audit yang dikeluarkan menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia membuktikan mempunyai ketelusan dalam mentranformasikan kerajaan yang sedia ada,puak pakatan serta rakyat sepatutnya lebih resional kerana didedahkan dengan pendedahan laporan audit bukannya sebagai point untuk menghentam kerajaan,sebaliknya berfikiran positif bahawa kerajaan Malaysia sentiasa telus menjalankan amanah rakyat.


No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC