Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 23 November 2013

Pembongkaran Hudud : Kemuliaan Islam Cuba Dicabul Nik Aziz Dipelihara Tun M?

http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
klik photo
Kerakusan Nik Aziz dalam mengejar kuasa dan pangkat telah menyebabkan beliau bertindak melampaui batasan yang telah digariskan oleh Islam. Tohmahan dan putar belit yang dilemparkan oleh Nik Aziz terhadap Tun Dr Mahathir akhirnya telah terbongkar dan ini dengan sendirinya memalukan Nik Aziz dan PAS itu sendiri.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu cuba mempergunakan dan melacurkan kesucian Islam demi kepentingan peribadi. Sesungguhnya darjat umat Islam di sisi Allah tidak terletak pada besarnya serban dan kekerapan seseorang memakai jubah. Niat seseorang itu lebih utama dalam apa jua tindak tanduk dalam kehidupannya. Tun Mahathir telah membuktikan bahawa beliau tidak perlu berserban besar dan berjubah untuk menjaga kemuliaan Islam.

Bagi manusia hipokrit seperti Nik Aziz yang selama ini berlakon zuhud namun telah mengaut begitu banyak kekayaan dengan bantuan ahli keluarganya disamping menyusun ahli keluarga untuk terus mengekalkan jawatan dan kuasa di Kelantan sanggup memanipulasi ketaksuban rakyat Kelantan terhadap Islam dengan berlakon memperjuangkan hudud PAS yang jauh menyimpang dari hudud Islam yang sebenarnya.

Kita semua amat maklum bahawa PAS seolah-olah bersumpah untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebaik sahaja dapat memerintah Kelantan. Namun begitu setelah lebih dari 22 tahun mereka memerintah Kelantan dan segala draft hudud mereka telah diluluskan namun mereka masih berdolak-dalih untuk melaksanakan janji hudud mereka. Oleh itu seperti biasa maka alas an dan tohmahan dicipta untuk melepaskan diri.

Alasan yang telah diberi oleh Nik Aziz “Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran.” Sedangkan merupakan Mageran (Majlis Gerakan Negara). Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.

Fitnah dan tohmahan yang sering dicanangkan oleh para pemimpin PAS dalam setiap kempen pilihan raya mereka bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud sememangnya amat melampau dan keji. Kenyataan Nik Aziz yang kononnya takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan telah di alunkan tanpa rasa bersalah sedangkan hakikatnya Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan.

Dalam suratnya bertarikh 8 Jun 1994 , Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kerajaan Pusat akan berpandukan kaedah Islam dalam tindakannya, iaitu menjaga kepentingan ramai. Beliau menekankan perlunya kerajaan bertindak secara adil untuk mengelak berlakunya kezaliman dan huru-hara. Tun Mahathir tidak langsung menyebut Mageran atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas

Pengikut fanatik PAS sepatutnya sedar antara Nik Aziz dan Tun Mahathir, siapa sebenarnya yang menjaga kemuliaan Islam. Segala dolak dalih yang telah dipersembahkan oleh Nik Aziz sepatutnya menjadi kayu pengukur kerelevanan PAS dalam memperjuangkan Islam. Tidak mungkin PAS boleh lagi dianggap sebagai pejuang Islam apabila mereka terlalu seringkali mempertahankan para pemimpin mereka yang berzina. Begitu juga dengan tindakan PAS yang memecat Datuk Hassan Ali yang cuba mencegah aktiviti murtad dan penjualan arak yang berleluasa di kawasan Melayu. Tambahan pula sikap mereka yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh pihak Kristian amat mengguris hati umat islam.sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC