Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 21 November 2013

Rajagopal tak pandai bela Harimau -Fan HM



Peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia ibarat nyawa2 ikan selepas tewas kepada Qatar 0-1 dalam aksi kelayakan di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebaliknya, Qatar dan Bahrain mengesahkan dua tempat teratas Kumpulan D untuk layak ke pusingan akhir.


Secara matematik, Malaysia masih miliki peluang tipis jika berjaya mengalahkan Yemen dalam saingan terakhir di tempat lawan, 5 Mac tahun depan, namun pada masa yang sama terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan lain untuk menamatkan cabaran selaku pasukan ketiga terbaik.

Kekalahan ini bermakna Malaysia terpaksa melupakan slot untuk mara antara dua pasukan terbaik Kumpulan D dan perlu bergantung harap menjadi pasukan ketiga terbaik dalam kempen kelayakan ini.

Walaupun kekalahan 0-1 kepada Qatar seakan hampir menutup peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015, namun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan mengibarkan bendera putih, sebaliknya percaya, peluang anak2 buahnya untuk beraksi di Australia masih ada.

Biarpun Malaysia mengalahkan Yemen 2-1 dalam aksi pertama, namun perlawanan seterusnya tidak mudah kerana ia berlangsung di tempat lawan.

Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak meraih tempat ke Piala Asia 2015 dan satu slot ditawarkan buat pasukan ketiga terbaik daripada lima kumpulan yang ada.

Foto: Ini diantara comrades Ultras Malaya yg ditahan polis semalam selepas "kekecohan" yg berlaku memohon perletakan jawatan K. Rajagopal sebagai jurulatih pasukan bolasepak negara.

Khabarnya tujuan utama mereka sebenar adalah untuk menghantar wakil berjumpa FAM bagi menyuarakan bantahan mereka kepada FAM

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC