KLIK PHOTO
Malaysia bakal memiliki pasukan STAFOC atau Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang.Pasukan ini akan ditubuhkan bagi membenteras jenayah terancang secara habis-habisan,dan memastikan segala perancangan penjenayah dapat ditumpas dengan segera secara cekap dan berhemah
1. Kalau US terkenal dengan pasukan SWAT miliknya, kini Malaysia bakal memiliki pasukan konsep yang sama, iaitu STAFOC atau Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang.
2. Berbezaa dengan UTK dan VAT-69, pasukan STAFOC bukanlah komando, tetapi menerima latihan dari dua unit tersebut yang direkrut dari kalangan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
3. Admin percaya, ia wujud selepas PDRM melihat keperluan dalam OPS CANTAS sebelum ini bagi manangani masalah gangster dan dadah yang sebelum ini ditubuhkan sebagai unit khas D-9.
4. Jenayah pada saban tahun mula dilihat semakin agresif apabila senjata yang diseledup mula diguna pakai bagi tujuan jenayah.
5. Unit Tindak Khas (UTK) pula bukan unit yang begitu besar jumlahnya, tambahan latihan dan kelengkapan lain mengambil masa yang agak lama untuk menambah keahlian.
6. Bagi mengatasi masalah ini, anggota STAFOC bakal direkrut dari kalangan anggota PDRM, dan ia akan digerakkan di seluruh negara bagi menyokong operasi IPD atau IPK di kawasan masing-masing.
7. Unit ini bakal diselia oleh seorang pegawai berpangkat Deputi Komisioner dan dipantau sepenuhnya oleh Bukit Aman.
8. Unit ini juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini seperti vest, helmet, senjata submesingun MP-5 dan peralatan asas yang lain yang sama seperti digunapakai oleh UTK.
9. STAFOC dilihat lebih kepada unit melawan jenayah terancang, manakala UTK bakal menfokuskan latihan mereka kepada unit lawan keganasan (anti-terrorist). Bagi kes seperti pemberontakkan militan, ia adalah tanggujawab VAT-69.
10. Pasukan ini sedang menerima latihan di PULAPOL dan bakal beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.
KLIK SINI JUGA!!!
No comments:
Post a Comment