Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 19 November 2013

MISTERI 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA!!! (video)




Penulis baru sahaja mendapat berita ini dari seorang sahabat. Khabarnya pada tanggal 18 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudah midnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka.

Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.

Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).

Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.






UPDATE: "Dengar cerita", remaja-remaja tersebut ber "adventure" ke dalam villa itu pada tanggal 16 November 2013. Operasi pencarian diteruskan sehingga 18 November 2013. Hmm... Mana satu tarikh yang sahih ya?

UPDATE: "Dengar cerita" interview wartawan dengan pihak berkuasa, yang hilang cuma seorang je. Tapi interview dengan orang awam yang ada kat tempat kejadian, 23 orang. Berikut adalah kenyataan berani mati dari individu yang bernama Izral Jailani:


Dik, hati-hati kalau nak "petik" nama DYMM Sultan Johor.
Kalau salah informasi kan tak elok jadinya.



Komen penulis: Tidak semestinya anda wajib mempercayai setiap berita yang tersebar di media tidak kira sama ada media cetak, media elektronik atau media "Cik Kiah". Cerita-cerita yang ada sekarang bukanlah cerita first hand daripada 30 individu tersebut, tetapi ianya sudah menjadi second hand, 11th hand, 50th hand dan sebagainya. Cerita 1st hand pun kadang-kadang ada "nasi tambah" nya. Inikan pula cerita mulut orang ke 50. Pendapat saya, janganlah komen mengikut emosi seolah-olah anda begitu pasti dengan berita-berita yang disampaikan. Ikutlah akal serta logik kerana Allah mengurrniakan akal. Itu yang membuatkan kita berbeza dengan haiwan dan amat rugi jika kita tidak menggunakannya.sumber

LIKE PAGE DIBAWAH!!!!

Post by APT.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC