Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Monday 25 November 2013

Filipina Istihar Darurat: Kes Pembunuhan Beramai-Ramai!!!!

http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
MAYAT mangsa bunuh terbaring berhampiran kenderaan mereka berikutan krisis antara Ampatuan dengan ahli politik dan juga beberapa wartawan di selatan Filipina.

KLIK PHOTO

Lagi letupan bom, Filipina isytihar darurat


GENERAL SANTOS, Filipina 22 April - Sebutir bom meletup hari ini di selatan Filipina, beberapa jam sebelum Presiden Gloria Macapagal Arroyo dijadualkan tiba untuk meninjau kemusnahan akibat beberapa siri letupan yang mengakibatkan 14 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera.

Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian letupan terbaru yang berlaku di dalam sebuah bot persendirian di bandar pelabuhan General Santos, kata Timbalan Datuk Bandar, Florentina Congson.
Berikutan letupan bom yang berlaku di sini semalam, polis hari ini menahan dua anggota kumpulan pemisah terbesar di Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Seorang jurucakap kepada kumpulan Abu Sayyaf, yang dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda turut mengaku bertanggung jawab terhadap beberapa letupan semalam.

Kejadian hari ini berlaku ketika para pegawai perbandaran bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan Arroyo yang menggunakan pesawat peribadi.

Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, letupan itu memusnahkan sepenuhnya bot terbabit.
Arroyo bagaimanapun terbang ke bandar General Santos hari ini untuk melihat sendiri tempat kejadian letupan bom itu.

Sementara itu, kerajaan Filipina hari ini mengisytiharkan perintah darurat di bandar General Santos.
Penasihat Keselamatan Negara, Roilo Golez berkata, kerajaan juga sedang menimbangkan untuk memperluaskan perintah darurat itu ke wilayah-wilayah lain yang bermasalah.

Dalam perkembangan yang sama, Komander Polis General Santos, Cif Supritendan Bartolome Baluyot berkata, beberapa senjata api termasuk senapang patah dan bom tangan dirampas daripada dua lelaki yang diberkas hari ini.

Katanya, polis mendapat maklumat bahawa dua anggota MILF itu meletakkan bom tersebut di dalam kenderaan yang di tempatkan di padang letak kereta berhampiran gudang. - AFP

Sumber: www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC