klik photo
Lebih menyedihkan, ada di antara wanita yang dibunuh selepas penjenayah selesai melampiaskan nafsu buas mereka.
Namun, adakalanya perkara sebegini dapat diatasi jika anda mampu bertenang dan berfikir secara waras seperti yang dilakukan oleh Jessica Price, 23, di Nottingham, dua tahun lalu.
Dia menceritakan pengalamannya diserang oleh seorang lelaki, Carl Powell sewaktu sedang berjalan sendirian pada waktu malam kepada Daily Mail.
Lelaki itu bertindak mencekak lehernya dari belakang dan mula mencekiknya sebelum mengheret wanita itu ke kawasan pagar kolej dan menolaknya ke tanah.
Dalam keadaan panik, Jessica mampu menenangkan dirinya dan meminta Powell untuk melepaskannya dan berlakon seolah-olah dia menyukai lelaki itu.
Ia sekaligus mengendurkan kerakusan lelaki itu dan lebih bijak lagi, Jessica juga berjaya memujuk lelaki itu untuk merokok bagi memastikan dia mendapat DNAnya pada puntung rokok itu.
“Dalam ketakutan itu, saya berkata, kita sedang menuju arah yang sama dengan saya. Mari berjalan bersama (pergi ke rumah),” cerita wanita itu.
Bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan, Powell menerima panggilan telefon dan berkata yang dia harus pergi.
Bagaikan terlepas dari mulut buaya, Jessica segera menghubungi polis dan membawa mereka ke tempat kejadian untuk mencari puntung rokok tersebut.
Atas kebijaksanaannya, penyerangnya telah berjaya ditangkap dan didapati turut terbabit dengan pembunuhan kejam seorang wanita, Caroline Coyne, 28, sebelum itu.
Dia kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala Jessica telah diumumkan sebagai penerima ‘Cosmopolitan Ultimate Women of the Year Awards 2014′ pada 5 Disember nanti di Muzium Victoria dan Albert, London.
Oleh: ELZA
(Sumber asal: Daily Mail)
No comments:
Post a Comment