Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday, 19 November 2013

Lelaki Kantoi Curi Duit Tabung Masjid!! (video)


Seorang lelaki ditahan oleh jemaah Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu kerana dipercayai cuba mencuri wang tabung masjid berkenaan, kejadian berlaku jumaat lalu dan dirakamkan oleh media Pas yaitu BuletinOnline.


Lebih mendukacitakan kita umat Islam apabila admin BuletinOnline yang beragama Islam ini bertindak merakam dan menyiarkan secara jelas wajah suspek, hal ini sudah pasti mengaibkan suspek dan keluarganya.


Sekalipun suspek itu bersalah, timbangkanlah kesalahannya itu, kesalahan itu bukan pengakhiran hidup buatnya, pintu taubat sentiasa terbuka, beradablah sesama Islam. Lagipun suspek tidaklah bertindak balas secara ganas, malah mengaku akan kesalahannya serta memohon maaf kepada jemaah, "Saya minta maaf, saya takkan buat lagi, anak saya.....saya tak kerja...".

Kita tak tahu bagaimana situasi sebenar suspek ketika terpaksa mencuri, adakah dia tidak bekerja kerana masalah kesihatan ? Atau memang malas dan suka mencuri ? Hanya Allah yang maha mengetahui, namun saat salah seorang jemaah memeriksa dompet suspek, kelihatan dompetnya ternyata kosong tidak punyai wang, benar, hal itu tidak bermakna suspek boleh mencuri. Tapi keadilan dalam Islam itu juga tidak sekali-kali menyuruh kita mengaibkannya, malah, membantunya jauh lebih mulia.

Bagaimana perasaan anak-anak suspek yang tidak berdosa, tidak malukah mereka jika diejek dengan kelakuan bapanya yang dipertontonkan seperti itu. Apakah media rasmi Pas Terengganu ini cukup maksum dan arif akan hal hukum hakam dalam Islam sehingga sanggup mengaibkan golongan yang daif ini ?

Kita tidak membela orang yang bersalah, yang salah tetap salah, tapi fikirlah akan maruah keluarganya yang tidak bersalah, meskipun pakcik ni salah kerana mencuri, dia masih beragama Islam, perbuatannya tidak membatalkan kalimah syahadahnya, apakah kita lebih rela jika dia ke gereja untuk mendapatkan bantuan ?

Kita sebagai umat Islam janganlah bersifat angkuh dan busuk hati sehingga tak mampu untuk maafkan kesalahan orang lain, sucikanlah hati dengan menyimpan sedikit perasaan simpati terhadap golongan yang daif itu. Bukan tugas kita untuk menghukum, jangan kerana sikap bodoh kita, ia menjauhkan orang dengan Islam.

Kerana kedegilan admin media rasmi Pas Terengganu untuk delete video dibawah. Mohon anda semua flag atau laporkan video tersebut demi masa depan anak suspek yang tidak berdosa. InsyaAllah.
Sumber: Gelombangkick.

PHOTO : sekadar hiasan



2 comments:

  1. Mereka (pencuci taik karpal) terlupa pasal hadis ni gamaknya...

    Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

    ReplyDelete
  2. Buat report polis.Dah kena dakwa nanti,kena hukum,bolehlah PAS buat modal pulak.Curi RM2 kena jel.Bukan nak bantu kawan tu,nak aibkan adalah

    ReplyDelete

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC