Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 16 November 2013

Anwar: Hudud tidak boleh dilaksana tanpa persetujuan DAP !!


KUALA LUMPUR: Sebuah video klip lama kini diungkit kembali bagi memperakui ketegasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PAS tidak boleh melaksanakan undang-undang hudud selagi DAP tidak memberi persetujuan.

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan partinya tidak akan bersetuju untuk undang-undang itu dilaksanakan di mana-mana negeri di Malaysia, jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan baru.

Pendirian Guan Eng itu, bersama pengumuman Anwar dijangka “membenam” sama sekali cita-cita PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Klip video bertarikh September 2011 itu diketengahkan di laman suarapakatanrakyat.com dalam kehangatan perang mulut antara pemimpin DAP dan PAS mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu AntaraPos minggu lalu bahawa parti itu akan terus memperjuangkan sebuah negara Islam dengan undang- undang hudud bersepadu dengan usaha mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.

Dalam video klip berkenaan, Anwar menempelak cadangan PAS itu dengan menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan tidak termasuk dalam Buku Jingga.

Buku Jingga adalah dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Anwar mendakwa bahawa PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinnya bersetuju untuk melaksanakan hudud tetapi ia tidak boleh dijalankan di negara ini selagi tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana pelaksanaan hudud memerlukan konsensus ketiga-tiga parti sebelum boleh diangkat sebagai dasar bersama.

Dalam kenyataan yang jelas memihak kepada DAP, Anwar berkata kesungguhan PAS melaksanakan hudud tidak boleh mengatasi penentangan daripada DAP.



"Kita menghormati hak PAS untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetapi ... (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat dan penentangan DAP perlu dihormati dan diambilkira," katanya.

Video klip itu disiarkan berikutan kenyataan tegas Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang mahu Pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan terhadap hudud.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan memaparkan video sidang akhbar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud.

Dalam klip itu,Guan Eng membayangkan partinya tidak akan bersetuju undang-undang Islam itu dilaksanakan.

"Jika nak dilaksanakan sesuatu, seperti hudud, sekiranya mungkin kalau PKR atau PAS setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga-tiga pihak bersetuju," beliau di petik sebagai berkata.-antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC