Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 30 November 2013

Masyarakat Cina Juga Sudah Muak Dengan Kit Siang?



Akhbar Nanyang Siangpau pada 21 November lalu memaparkan tulisan Liew Suh Kian yang wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat Cina. Liew menulis mengenai Lim Kit Siang yang kini mencecah umur 72 tahun tetapi masih lagi giat berpolitik.

Menurut Liew, Kit Siang sudah tidak sepatutnya terus 'galak' atau garang berpolitik tetapi wajar berundur secara terhormat. Liew turut membandingkan Kit Siang dengan Tun Mahathir yang telah lama bersara sedangkan Kit Siang yang gemar mengutuk Tun Mahathir itu masih terus bertanding pilihanraya.

Menyusuri liku-liku politik Kit Siang yang bermula lebih lima dekad lalu, pemimpin DAP itu sepatutnya telah menyusun perjuangannya dengan baik serta mempersiapkan pengganti pada saat ini. Jika ini dapat dilakukan, maka persaraan beliau pastinya akan disambut dengan sanjungan dan penghormatan bagi generasi akan datang.

Apa yang ditulis oleh Liew sebenarnya telah lama diperkatakan oleh musuh-musuh Kit Siang.



Namun, di kalangan DAP, iaitu masyarakat Cina sendiri, mereka nampaknya lebih selesa membela Kit Siang dan melayannya seperti Tokong. Kaum Cina rata-ratanya menerima pemerintahan ala kuku besi Kit Siang anak beranak. Bagi kaum Cina yang mempunyai sikap rasis semulajadi, pemerintah kuku besi berbangsa Cina adalah lebih baik dari pemerintah yang adil berbangsa Melayu.

Oleh itu, kita melihat suara Liew sebagai suara yang terpencil di dalam masyarakat Cina. Bagaimanapun, hakikat bahawa akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang sanggup menyiarkan tulisannya membuatkan kita berfikir semula.

Apakah kaum Cina sudah mula bosan dengan Dinasti Lim?


Kita tahu Lim Kit Siang telah 'menyediakan' anaknya, Lim Guan Eng sebagai pengganti. Namun, malang baginya apabila Lim Guan Eng kini menjadi liabiliti kepada DAP. Anaknya itu ternyata tidak mampu menyembunyikan kebongkakkan sehingga menyebabkan ramai yang merasa benci terhadapnya.

Guan Eng telah menyerlahkan warna sebenar DAP yang rasis dengan sejelas-jelasnya apabila beliau tanpa segan silu merobohkan dan merampas tanah dan perniagaan milik orang Melauyu dan India di Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi bukti ketidakmampuan Guan Eng untuk mengambil-alih tempat bapanya. Tindakannya memburukkan imej negeri dan negara sendiri di dalam misi pelaburan di luar negara mengesahkan betapa bodohnya anak Lim Kit Siang ini. Kemusnahan alam sekitar yang cukup ketara dan begitu pantas di negeri itu sejurus Guan Eng berkuasa juga, telah menjadikan rakyat semakin 'cuak' terhadap DAP.

Selain itu, cara Guan Eng mengendalikan pemilihan CEC juga cukup mengecewakan Kit Siang. Akibat angkuh yang melampau, Guan Eng banyak melakukan kesilapan. Beliau tidak mampu menjalankan muslihat dengan bijak kerana terlalu memandang rendah pada orang lain dan menyangka orang tidak akan dapat mengesan manipulasinya. Akhirnya, masalah CEC kini berpanjangan sehingga hampir setahun dan semakin kusut pula.

Kegagalan Guan Eng menjawab isu-isu berbangkit dengan memberi jawapan bodoh seperti 'salah komputer' atau 'salah taip' menyebabkan anak Kit Siang ini menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, sekali gus memalukan DAP.

Jika Kit Siang berjaya memperdaya orang Melayu yang berprinsip dan bijak seperti Tunku Aziz sehingga berjaya membawa tokoh itu ke dalam DAP, tetapi Guan Eng pula mendedahkan sikap sebenar DAP sehingga membuka mata Tunku Aziz untuk meninggalkan DAP.

Jelas, Kit Siang tidak berjaya mendidik anaknya untuk menjadi seorang politikus tegar seperti dirinya tetapi sebaliknya telah mencipta seekor raksaksa angkuh yang menyangka dirinya seorang Tokong.

Malang bagi Kit Siang kerana walaupun kaum Cina di Malaysia masih enggan melepaskan ikatan mereka dengan tanah besar Cina serta budaya dan cara pemikirannya, namun sedikit sebanyak, mereka tetap terpengaruh dengan nilai-nilai Malaysia yang terbuka dan bebas. Oleh itu, kaum Cina di sini tidak mudah untuk dipaksa akur seperti di zaman komunis atau Maharaja Cina.

Malah mereka telah terlebih bebas membuka mulut mengkritik dan menghentam sesiapa sahaja yang mereka tidak suka termasuk pemerintah. Justeru, mereka tidak lagi merasa takut atau bersalah untuk mengkritik Lim Kit Siang hari ini.

Mereka tahu, Lim Kit Siang bukan Tokong mahupun Maharaja. Lim Kit Siang tidak boleh menutup mulut mereka. Lim Guan Eng juga tidak boleh mengilas tangan mereka selama-lamanya. Lambat laun, pasti ada yang memberontak. Melihat bagaimana Lim anak-beranak mengenepikan dan mengambil tindakan kepada mereka yang mengkritik pemimpin DAP, menyebabkan lebih ramai lagi yang terpanggil untuk memberontak.

Bertitik-tolak dari situlah, maka tulisan Liew mendapat tempat di Nanyang Siangpau. Tidak mustahil, akan ada tulisan-tulisan lain yang membawa nada yang sama selepas ini. Tidak mustahil juga Liew pula akan ditutup mulut sepertimana para pengkritik Dinasti Lim yang lain. Tetapi yakinlah, akan ada lebih ramai Liew di masa hadapan sehinggalah Lim Kit Siang melepaskan jawatan. -Sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC