Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday, 29 November 2013

'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa' - Persidangan #MahasiswaNasional 2013 @tun_faisal @razaliibrahim @shaberyc

KLIK PHOTO

Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 satu program baru akan diperkenalkan di Persidangan Mahasiswa Nasional bagi tahun 2013.Program yang di anjurkan adalah satu pedekatan baru bagi mendekati golongan mahasiswa,dengan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan jawatankuasa Khas.


Persidangan Mahasiswa ini juga bertujuan memberi pendedahan asas perdebatan kepada golongan siswa siswi serta akan melahirkan mahasiswa yang berfikir kritis,bagi menyumbangkan idea untuk menghasilkan dasar-dasar kerajaan yang lebih mantap.


KUALA LUMPUR, 28 Nov-- Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa. "Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini Khamis
.


Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung Umno 2013. Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis. Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. - BERNAMA




Persidangan ini yang akan di terajui oleh Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO menggunakan Tema “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa”

Seramai 150 orang peserta akan terlibat, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Dalam persidangan ini, peserta akan diminta untuk mencadangkan usul dan membahaskannya berdasarkan EMPAT (4) bidang dan skop utama, iaitu :-


i. Politik

“Kemenangan Selesa Pilihanraya Umum ke-14, Prestasi UMNO dalam PRU 13 dan PRU 14.”

ii. Ekonomi

“Prestasi Ekonomi Melayu/Bumiputra, Rakyat dan Negara.”

iii. Agama

“Penyelesaian Konflik Konservatif, Liberal dan Wasatiyyah.”

iv. Pendidikan

“Prestasi Pendidikan Melayu/Bumiputra, Perpaduan dan Kenegaraan.”

Baca maklumat terperinci DISINI dan SINI :hablulyuzi



No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC