Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 20 November 2013

KES AMBANK : Isteri Pembunuh Di Penjarakan 6 Bulan!!



PETALING JAYA: Isteri pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh pegawai AmBank Subang Jaya, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Majistret K.B. Elina Hong Tze Lan memerintahkan Helpia, 35, juga warganegara Indonesia, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 24 Oktober lepas, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Helpia didakwa tinggal lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu selama empat tahun enam bulan dan lapan hari sejak 16 April 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)© Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan memohon hukuman ringan, Helpia yang tidak bekerja memberitahu dia mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia.

Sementara itu, enam lagi rakan senegara La Ode masing-masing mengaku bersalah terhadap beberapa pertuduhan termasuk menggunakan kad pengenalan palsu, memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tinggal lebih masa.

Tiga daripada mereka iaitu La Saudi, 32, La Samuri, 35, dan La Epo (tiada umur) masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana esalahan tinggal lebih masa.

Dua lagi iaitu Sofiah (tiada umur) dan Maimunah, 35, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan tinggal lebih masa manakala Lauto Lauli, 33, dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan memasuki negara ini tanpa dokumen.

Seorang lagi rakan La ode, iaitu La Polo, 28, yang juga pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah sama kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah dan satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan pesalah (La Ode) daripada seksaan.

Elina memerintahkan La Polo menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 24 Okt selepas dia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan bagi kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pondok Pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn Bhd, Wisma Kok, Lot 766, Jalan Subang 4, Off Persiaran Subang, Subang Jaya di sini pada 4.30 petang 24 Okt lepas.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, La Polo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan curang memiliki harta rompakan iaitu wang tunai RM21,800 milik Ambank pada tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan La Polo diikat jamin dan menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes. Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala di Mahkamah Sesyen, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC