Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 10 November 2013

Rakyat Diseru Pegang Dua Asas Untuk Kekal Keharmonian



JOHOR BARU: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya berpegang kepada dua perkara asas untuk memastikan negara terus kekal harmoni dalam apa jua keadaan.

Perdana menteri berkata yang pertama rakyat perlu saling bekerjasama dalam satu ikatan permuafakatan bagi memastikan negara mampu menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

“Yang kedua beri ruang supaya kekayaan budaya kita menyerlah agar ia dapat dilihat sebagai satu kekuatan dan pelancong dari luar negara dapat melihat Malaysia sebagai negara yang kaya dengan kebudayaan untuk dipertontonkan kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2013 di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu turut dihadiri menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.

Sehubungan itu, Najib menyeru rakyat di negara ini termasuk masyarakat India untuk menerus dan memperkukuhkan ikatan persefahaman serta kerjasama antara kerajaan dan komuniti yang dijalinkan selama ini berasaskan ‘nambikei’ (kepercayaan).

“Kerjasama antara kita akan terus memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk generasi masa kini dan yang akan datang.

“Kalau kekuatan gajah terletak pada ‘thumbikei’ atau belalainya, kekuatan seseorang manusia terletak pada ‘nambikei’ atau kepercayaannya,” kata perdana menteri.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan komited untuk merealisasikan segala aku janji yang diikrarkan untuk pembangunan masyarakat India semasa pilihan raya umum ke-13.

Komitemen itu, katanya jelas menerusi beberapa inisiatif seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014 termasuk peruntukan tambahan RM50 juta untuk pembangunan infrastruktur sekolah Tamil.

Selain itu sebanyak RM100 juta juga diperuntukan bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran di sekolah-sekolah Tamil dan latihan kemahiran serta dana sebanyak RM50 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)di bawah Tekun Nasional serta pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC