Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday 28 November 2013

Orang Bawahan "ANJING KURAP" LGE Dia Membisu Tanda Setuju?


KLIK PHOTO


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempersoalkan sikap membisu Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung penghinaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap penjawat awam di negeri ini.


Presidennya, Rahmad Isahak berkata, beliau hairan dengan pendirian Guan Eng dalam isu berkenaan yang telah mencetuskan kemarahan penjawat awam kerana mereka dihina dengan perkataan yang tidak wajar. “Kenapa perbuatan biadab Jeff yang juga rakan karibnya dibiarkan begitu sahaja dan sehingga kini tiada tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan DAP. “

Dalam soal ini, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng berkuasa untuk mengambil tindakan. Adakah kerana yang dihina itu orang Melayu, jadi Guan Eng membisu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Rahmad mengulas tindakan berdiam diri Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu berkenaan yang mencetuskan bantahan kakitangan awam terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) apabila Jeff menggelarkan pegawai bawahan sebagai kucing kurap.

Minggu lalu, Jeff dilaporkan mendesak Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugas dengan baik. Desakan itu dibuat Jeff berikutan kegagalan pegawai MPPP membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong dan menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan terbabit.

Ekoran kenyataan biadabnya itu, Jeff pada Ahad lalu turut diserang oleh seorang kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman ketika melawat Pasar Awam Jelutong dan mendesak Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Mengulas lanjut, Rahmad yang juga bekas ahli DAP berkata, tindakan Jeff itu menunjukkan beliau seorang wakil rakyat yang bongkak.

Jelasnya, beliau sepatutnya bersikap rendah diri kerana kedudukan yang disandangnya kini adalah kerana mandat yang diberikan pengundi pelbagai kaum di Jelutong. “Saya dukacita berhubung penghinaan berkenaan kerana majoriti kakitangan MPPP adalah orang Melayu. Sikapnya itu menggambarkan beliau seorang ahli Parlimen yang rakus dan berniat jahat terhadap penjawat awam," katanya. Bagi memastikan penghinaan terhadap kakitangan awam berbangsa Melayu tidak berterusan, Rahmad berkata, pihaknya memberi tempoh selama dua hari kepada Jeff untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya. “

Sekiranya beliau masih berdegil, kami melihat keperluan untuk mengadakan perhimpunan membantah Jeff secara besar-besaran di Padang Kota kerana tahap kesabaran orang Melayu ada hadnya. “Kami tidak akan lepaskannya begitu saja dan bagi saya, gelaran Tiger of Jelutong yang Jeff gunakan untuk merujuk diri beliau tidak sesuai dan hanya mahu membuatkan orang Melayu takut kepada beliau," katanya

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC