Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 27 November 2013

Wanita Warga Thailand Dihukum Gantung Sampai Mati

http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
KLIK PHOTO

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Thailand dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 18 kilogram, awal tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh, Thitapha Charoenchuea, 36, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja T berbelang dilihat tergamam di kandang tertuduh ketika keputusan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

Thitapha didakwa mengedar dadah tersebut seberat 18,383.4 gram di perhentian bas ekspres Jalan Kuala Ketil Pekan Lama dekat Sungai Petani, di sini kira-kira pukul 9.45 malam, 14 Februari tahun lalu.

Dadah tersebut ditemui tersembunyi di dalam dua beg tertuduh ketika ditahan di perhentian bas berkenaan yang dinaikinya dari Changlun untuk ke Kuala Lumpur.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, keterangan pembelaan tertuduh meragukan dan mahkamah mendapati terdapat percanggahan terutama berkaitan pemilikan bagasi yang ditemui memuatkan dadah tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd. Yatim sementara tertuduh diwakili peguam, Ai Cha Ran, menurut sumber Utusan.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Cha Ran memberitahu, anak guamnya yang tinggal di Bangkok, Thailand merupakan seorang ibu tunggal dan berasal daripada keluarga yang susah serta mendakwa tertuduh menjadi mangsa rakannya sendiri.-klpost

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC