Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Tuesday 12 November 2013

Kes AMBank: Blog Pakatan Rakyat Bela Penjenayah Kejam !!







Jangan Jadi Pengkhianat Negara

Ramai kita yg berasa lega kerana akhirnya penjenayah kejam yg memperdayakan banyak pihak dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan sanggup menembak mati pegawai AmBank di Subang Jaya akhirnya diberkas, selepas 19 hari operasi pemburuan dilakukan oleh pasukan polis.

Sekali lagi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membuktikan keyakinannya bahawa penjenayah warga Indonesia yg melarikan wang tunai RM450,000 itu akan tertangkap jua. Bagi kes ini, Khalid mengibaratkan jerat tak melupakan pelanduk.

Kecekapan, keyakinan dan kesabaran pihak polis akhirnya berbayar apabila penjenayah ini diberkas di Kota Tinggi. Bukan mudah untuk menjejak penjenayah yang telah merancang gerakannya dari awal.

Rentetan daripada kes ini, bukan kepalang pasukan polis mendapat kritikan, kecaman bahkan tohmahan. Tetapi kini sesiapapun harus mengiktiraf kejayaan polis ini. Jangan hanya tahu membuat tohmahan dan tuduhan melulu tetapi segan silu pula untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan.

Tangkapan terbaharu itu memberikan mesej jelas bahawa tiada siapa yg melakukan jenayah di negara ini boleh terlepas dengan mudah. Walaupun penjenayah memiliki sumber dana untuk melarikan diri dan bersembunyi, pasukan polis sentiasa ada cara menjejak mereka.

Kini, penjenayah yg kejam seperti ini mesti dihukum dengan hukuman setimpal. Mahkamah seharusnya turut mempertimbangkan sentimen masyarakat yg bimbang dengan kes2 jenayah berat yg malangnya, banyak dilakukan oleh warga asing dan kumpulan kongsi gelap.

Namun malangnya, masih ada segelintir ahli2 politik haprak yg sanggup menangguk diair keruh, dengan membela penjenayah kejam ini, seolah2 polis pula yg bersalah ....

Apa yg kita harapkan, kerajaan dan pasukan keselamatan khususnya terus tegas dan tidak bertolak ansur untuk melakukan apa sahaja cara di bawah kuasa undang2 untuk membanteras kejadian jenayah. Yakinlah penjenayah hanya takut apabila kita bertegas tanpa ada kompromi.

Jadikan kritikan tidak kira dari mana datangnya sebagai satu bentuk keprihatinan masyarakat awam terhadap keselamatan negara ini. Jadikan tohmahan yg selalu dilemparkan oleh kumpulan2 yg

berkepentingan politik sebagai pencetus semangat untuk terus berkhidmat dengan bersih, cekap dan amanah.

namun tindakan ahli politik akal kontot kali ini benar2 buat darah admin menyirap ... mereka bukan saja mempertikaikan integriti polis kita, malah tindakan mereka sudah melampaui batas kerana sanggup jadi pengkhianat negara dengan cuba melaga2kan kedua2 negara serumpun Malaysia & Indonesia.SUMBER


* Korang bacalah sendiri & nilai ....

http://negarapakatanrakyat.blogspot.com/...

Negara Pakatan Rakyat: Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan
negarapakatanrakyat.blogspot.com


Gambar dibawah adalah suspek yang kini diburu POLIS,dikatakan dia adalah rakan yang bersubahat dengan kes rompakan tembak mati pegawai AMBank,dan juga merupakan sindikit yang memalsukan kad pengenalan. baca disini selanjutnya

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC