Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday 24 November 2013

Fakta Yang PAS Tidak Ambik Peduli!!!


http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
KLIK PHOTO

DALAM satu perjumpaan dengan bloggers pelbagai kaum di Kuala Lumpur pada Januari 2011, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ditanya kenapa Pas seolah-olah tidak mahu melaksanakan hudud.

Jawabnya: “Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran.”

Beberapa bloggers yang hadir hairan kerana Nik Aziz mengaitkan pelaksanaan hudud dengan Mageran (Majlis Gerakan Negara).

Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.

Dalam kempen pilihan raya, pemimpin Pas sering beri alasan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud.

Mereka ulang-ulang kenyataan Nik Aziz yang takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan. Padahal Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan, tetapi pemimpin Pas telah memutar belit dan mengaitkan kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut Mageran atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas.

Dalam suratnya, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kerajaan Pusat akan berpandukan kaedah Islam dalam tindakannya, iaitu menjaga kepentingan ramai. Beliau menekankan perlunya kerajaan bertindak secara adil untuk mengelak berlakunya kezaliman dan huru-hara.

Oleh kerana ada kesangsian di kalangan pakar perundangan bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan Pas adalah benar-benar adil dan menepati ajaran Islam, Tun Dr Mahathir mengingatkan tindakan Pas yang dianggap berat sebelah atau zalim akan memberi gambaran negatif kepada bukan Islam, sebabkan mereka menjauhkan diri daripada Islam dan tidak berminat memeluk Islam.

Bahagian penting dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz ialah: “Hudud Islam bertujuan memberi keadilan kepada semua, bukan untuk kezaliman.

Undang-undang Pas jika zalim tentunya bukan menepati Islam. Kerajaan Pusat tidak berhajat bersubahat dengan Pas (dan) akan terus mempertahankan ajaran dan nilai agama.

Jika Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, kerajaan Pusat akan ambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.”

Jelas, Tun Dr Mahathir tidak membantah hajat Pas. Beliau juga memperingati Pas agar memastikan undang-undang syariah yang hendak dilaksanakan mestilah adil, tidak berat sebelah atau menzalimi sesiapa.

Kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kepentingan semua rakyat, justeru hanya bertindak jika pelaksanaannya menimbulkan huru-hara.

Tidak disebut pasal sekatan, bangkangan atau Mageran. Malah, dalam ucapannya di Nilam Puri pada tahun 1994, beliau menyebut: “Kita tidak tolak hukum hudud. Kita cuma tolak tafsiran dan undang-undang Pas yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Menolak sesuatu yang salah adalah wajib.”

Ada pihak bertanya adakah hudud hendak diperkenalkan Pas Kelantan sama seperti di Arab Saudi atau pernah dilaksanakan puak Taliban di Afghanistan.

Beberapa NGO bukan Islam juga bimbang hudud berwajah Pas, bukan berpandukan perundangan Islam.

Sebelum ini, rakyat melihat bagaimana pemimpin Pas yang terbabit dengan skandal seks dan penyelewengan kuasa tidak diambil tindakan oleh pucuk pimpinannya.

Manakala pemimpin yang cuba menegah penjualan arak di kedai dalam kawasan bermajoriti Melayu telah dipecat dari parti.

Ada kekeliruan sama ada hudud boleh dikenakan ke atas bukan Islam. Kebetulan, ada pemimpin Pas yang kata ya, ada yang kata tidak.

Pada April lalu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru rakyat bukan Islam tidak undi Pas selagi perkara ini tidak dijelaskan.

Umumnya, orang bukan Islam melihat Pas sebagai parti hanya fokus kepada hudud sahaja, tapi kurang idea mengenai ekonomi dan pembangunan taraf sosioekonomi rakyat.-sumber

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC