Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Sunday, 24 November 2013

KELAYAKAN PIALA DUNIA 1986 : BETAPA GERUNNYA KOREA SELATAN KEPADA MALAYSIA!!!!

 
http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
 KLIK PHOTO

Saya menulis rencana ini selepas kali pertama menjawat jawatan sebagai penyelaras akademi bola sepak Proton fc pada 2005. Selepas skuad 1980 yang melayakan diri ke temasya olimpik Moscow, saya berangapan skuad ini akan menamatkan penantian seluruh warga Malaysia untuk layak ke Piala dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol. 
 
Namun jangkaan saya meleset kerana jelas sekali, ketika pusingan kelayakan mereka cukup megecewakan. Tetapi, selepas itu, muncul skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof. Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 olimpik sebelum disingkirkan Kuwait. 
 
Dan skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin. Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia menundukan Korea selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringanDollah Salleh di Stadium Merdeka.
 
 Namun ada sesuatu yang tidak kena apabila skuad ini seri 0-0 bertemu pasukan kerdil, Nepal. Namun, ketika perlawanan ke 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia membelasah lawan yang sama dengan jaringan 5-0, hatrik dari Zainal Abidin Hassan. Dan ibarat perlawanan penentuan ke Olimpik 1980, Malaysia sekali lagi dipertemukan jodoh dengan musuh tradisi, Korea Selatan. Skuad kita terbang ke Seoul dengan pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh pihak media Korea pada ketika itu. Begitulah tahapnya kegentaran Korea kepada Malaysia.
 
 Kecederaan pemain tengah serba boleh, Lim Teong Kim dan penjaga gol utama, Rashid Hasaan memberi peluang kepada pemain skuad belia, A. Anbalagan dan penjaga gol muda berpotensi Kedah, Azmi Mahmud tersenarai skuad ke Soeul. Namun Azmi Mahmud hanya menjadi pilihan ke 2 di belakang Ong Yu Tiang. Setibanya di Soeul, pasukan kebangsaan kita disambut seperti pengganas dengan tohmahan serta cacian di airport. Namun, mental pemain sedikit pun tidak terjejas. 
 
Bagaimanapun hak kita untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan stadium juga dinafikan. Kita hanya berlatih di padang awam di pinggir bandar Soeul. Korea berjaya dalam merosakan mental pasukan kita dengan langkah pertama. 
 
Langkah ke 2 ialah dengan melantik pengadil dari Jepun untuk mengadili perlawanan, dan diluluskan oleh FIFA tanpa bertanya mengapa perlu pengadil negara jiran?? Memang Korea bimbang akan ditumbangkan Malaysia di kandang sendiri, kegentaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan mendakwa pemain jersi 12 Malaysia (Azizol Abu Haniffah) seperti membawa kain hitam yang diletakan di dalam seluar.
 
 Dasyat bukan? Fitnah Korea bukan kepalang. Dan jelas, 10 minnit pertama Malaysia menguasai perlawanan sebelum Ong Yu Tiang menghadiahkan penalti kepada Korea apabila menjatuhkan Park Chang-Sun dan Park sendiri mengambil sepakan tersebut dan meletakan Korea dihadapan.
 
 Keadaan di tanah air ketika itu mula mempertikaikan pemilihan Yu Tiang ketika itu dan kemungkinan gopoh merupakan tindakan beliau menjatuhkan Park. Namun mereka terlupa kerana pilihan ke 2 ketika itu, Ahmad Sobri Ismail diharamkan beraksi kerana provokasi terhadap Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah). Tiada pilihan selain meletakan Azmi sebagai pilihan pertama dan penjaga gol vateran, A. Arumugam sebagai pilihan ke 2.
 
 Dan Ketika Malaysia masih mencari semula rentak selepas ketinggalan, sekali lagi Ong Yu Tiang ibarat membuang tiket ke Mexico 1986 apabila gagal menampan kemas rembatan pemain Korea yang mudah bergolek masuk. Masih teringat kata pengulas ketika itu, Dato Rahim Razali yang mengatakan "bye-bye Mexico" merujuk kepada peluang Malaysia ke piala dunia sudah tertutup.
 
 Hilangnya rentak Mokhtar Dahari memberi peluang Dollah Salleh mengantikan beliau selepas rehat. Itu merupakan perlawanan antarabangsa terakhir arwah bersama skuad kebangsaan. Separuh masa ke 2, barulah Malaysia bertukar wajah namun harapan untuk melihat Malaysia bangkit hampir menjadi kenyataan sebelum jaringan Dollah dibatalkan kerana mengasari pertahanan lawan. 
 
Bukan sedikit kekecewaan Malaysia, lambungan menarik Azizul yg jelas melepasi garisan gol juga tidak dikira, jelas sekali memang berbaloi Korea melantik pengadil dari Jepun mengadili perlawanan. 
 
Dan hasilnya,Korea berjaya ke penentuan kelayakan akhir dan menewaskan Korea Utara untuk menempah tiket ke Mexico 1986. Di kem Kebangsaan, kekecewaan jelas terpancar disebalik hadiah paling pahit sempena persaraan Mokhtar Dahari dari skuad kebangsaan dicemuh ketika pulang ke tanah air. skuad yang dilihat terbaik pernah dilahirkan akhirnya terkulai.
 
 Namun,bagi saya pengadil yang bertangungjawab di atas kekalahan ini. Juga perlu dingatkan bagaimana mental pemain kita diganggu dan di provokasi dengan teruk ketika tiba di Soeul. Inilah pengalaman skuad beharga. Jika lawan terlalu takut,pelbagai cara akan digunakan. ABD RAHIM BIN HJ KHAMIS 23 JUN 2005 .
 
Petikan ini adalah hasil nukilan dari Saudara Abd Rahim Khamis. Bekas... penyelaras Akademi Bola Sepak Proton FC pada tarikh 23 JUN 2005. 
 
Tulisan oleh : Abd Rahim Haji Khamis Kiriman oleh : 
Wan Ruzailan Foto oleh : Hangpcdua Malaya

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC