Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Thursday, 28 November 2013

RACIST - Lelaki Ditembak Angkara Warna Kulit


http://iklansticky.com/hop.php?ref=sham87
 KLIK PHOTO


MOSCOW – Satu insiden serangan ganas bermotifkan perkauman dirakam kamera keselamatan kini tersebar di Internet dan menjadi perhatian ramai.

Dalam kejadian itu, dua lelaki bersenjatakan pistol menyerang seorang penumpang berkulit sawo matang dalam kereta api metro di Moscow.
Warna kulitnya itu dipercayai menarik perhatian dua lelaki kulit putih ketika mereka sama-sama berada dalam tren bawah tanah di Moscow.

Seorang daripada penyerang dilihat berbisik sambil menganggukkan kepala kepada rakannya sebelum kedua-duanya menghampiri mangsa dengan mengacukan senjata ke arahnya. Kejadian itu dirakam kamera keselamatan dan dimuat naik di laman sesawang agensi berita Russia, Life News.

Penyerang yang lebih muda menggunakan pistolnya untuk menembak perut Khashim Latipov, 30, dari Dagestan, di selatan Russia.

Dia turut menendang dan menembak Latipov sekali lagi sebelum mengacukan pistol ke kepalanya, manakala penumpang lain menjarakkan diri mereka di bahagian belakang tren itu.

Kedua-dua penyerang kemudian membelakangkan Latipov, tetapi masih terus mengancam mangsa dengan pistol hingga mereka beredar di stesen Nagornaya.

Polis berkata, wajah dua penyerang dalam insiden 17 November itu sudah dirakam kamera keselamatan, tetapi identiti mereka belum dapat dipastikan. Pihak berkuasa kini giat memburu mereka. Latipov yang cedera parah dalam serangan itu bagaimanapun terselamat.

Dia terpaksa menjalani pembedahan membuang peluru dari rahangnya, selain mengalami parut pada muka.

Serangan itu berlaku kurang tiga bulan sebelum ribuan peminat Sukan Olimpik Musim Sejuk mengunjungi Russia untuk temasya sukan terbabit di Sochi. – Agensi

1 comment:

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC