Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday, 23 November 2013

Tuhan Harun Kini Mendapat Rawatan Di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

KLIK PHOTO


KUANTAN 23 Nov. - Ketua kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai "Tuhan Harun", Harun Mat Saat, 47, dan sedang dalam tahanan polis, masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berikutan simptom angin ahmar yang dialaminya.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Harun yang dimasukkan ke hospital kelmarin masih mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Pada masa ini dia masih mendapatkan rawatan di wad HTAA kerana memerlukan rawatan dan pemerhatian doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Harun dirujuk ke HTAA petang kelmarin berikutan mengalami simptom angin ahmar selepas direman selama tujuh hari sehingga 27 November ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik yang ditembak di rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada 10 November lalu.

Harun bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, ditahan di Taman Bandar Baharu, Tangkak, Johor, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC