Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 30 November 2013

10 individu diburu bantu siasatan kes bunuh pegawai Jaip!!!



PETALING JAYA: Polis masih memburu 10 individu lagi untuk membantu siasatan dalam kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho berkata, walaupun polis percaya bahawa mereka telahpun menyelesaikan kes pembunuhan Ahmad Rafi dengan penangkapan 13 individu, polis masih mencari sepuluh lagi yang dipercayai merupakan pengikut ketua kumpulan ajaran Tuhan Harun.


"Kami percaya dengan tertangkapnya 10 orang ini, menjadikan jumlah tangkapan 13 termasuk dua wanita, dengan rampasan pistol separa automatik , kes pembunuhan Ahmad Rafli dianggap selesai.

"Bagaimanapun, polis akan mengesan 10 lagi individu untuk membantu siasatan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini perlu menghubungi polis," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Facebook pada Sabtu.

Hadi berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu terbabit boleh menghubungi DSP Zakaria 019-3822020, ASP Zukri 013-9764999 atau Inspektor Mohd Hasni 016-4888025.

Hadi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai mengenai sokongan mereka untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Dilaporkan kes pembunuhan Ahmad Rafli telah selesai dengan tertangkapnya 13 orang termasuk dua wanita.

Semua suspek yang ditangkap adalah pengikut Tuhan Harun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tulisan di twitterya berkata, tangkapan itu dibuat dalam satu operasi.

Ahmad Rafli, 49, ditembak mati di rumahnya di Indera Mahkota 2 di Kuantan pada 10 November lalu.

Para pengikut Tuhan Harun dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu-antarapos

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC