Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday 20 November 2013

Ketua Ajaran Sesat "TUHAN HARUN" Tumpas!!!


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis menahan ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor hari ini.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis yang memburunya bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmaf Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu.

Menurut sumber, turut diberkas dalam serbuan itu ialah dua orang isteri Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 40, dan Harun Azida Mohd. Zol, 30.

Tuhan Harun diberkas sepasukan polis yang berjaya menjejakinya selepas waran tangkap dikeluarkan ke atasnya setelah gagal menghadirkan diri ke mahkamah atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat dan menghina Islam dengan mengaku sebagai tuhan," kata sumber itu.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC