Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Friday 1 November 2013

Penjenayah Mesin ATM 4 Dicekup @PDRMsia!!!

Gambar hiasan

SHAH ALAM 1 Nov. - Tindakan pantas polis berjaya mematahkan cubaan sekumpulan empat penjenayah bertopeng memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam sebuah pasar raya di Pasir Penambang, Kuala Selangor dekat sini awal pagi ini.

Kesemua lelaki tempatan berusia 23 hingga 27 tahun itu menerima padah apabila dicekup oleh pihak polis kira-kira pukul 4 pagi ketika mereka sedang cuba membawa masuk dua tong gas Oxy yang dipercayai mahu digunakan untuk memecah mesin ATM melalui bumbung pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sebelum ditangkap, polis menerima laporan berhubung rompakan itu daripada orang awam pada pukul 3.55 pagi dan dua kereta peronda dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, setiba di situ, seorang suspek yang berada di luar pasar raya sedang menaikkan dua tong gas Oxy ke atas bumbung menggunakan kain cadar yang disambung dengan bantuan seorang rakannya yang berada di atas bumbung.

"Dua lagi suspek sedia menunggu di dalam premis terbabit untuk mengambil peralatan memecah mesin ATM itu namun dengan tindakan pantas polis, kesemua suspek berjaya ditahan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad.

Mohd. Shukri berkata, bersama suspek, pihaknya merampas tong gas Oxy, topeng muka, kuku kambing, kain cadar, tong penyembur cat dan pemutar skru.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati tiga mesin ATM yang ditempatkan dalam pasar raya itu berada dalam keadaan baik kerana kumpulan penjenayah itu tidak sempat memecah mesin tersebut.

"Siasatan awal percaya beberapa suspek memanjat batang paip belakang pasar raya untuk masuk ke dalam premis melalui bumbung," katanya.

Tambah beliau, polis masih melakukan siasatan lanjut ke atas kesemua suspek berkaitan penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah lain.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. - UTUSAN ONLIN



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131101/je_09/4-penjenayah-bertopeng-cuba-pecahkan-ATM-dicekup#ixzz2jNTzjvWw
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC