Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Wednesday, 6 November 2013

Ridhuan Tee Abdullah membidas pemimpin parti politik Melayu Islam !!



SHAH ALAM: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas pemimpin parti politik Melayu Islam khususnya Umno dan PAS yang seolah-olah diam membisu dan 'takut' bertindak ketika pihak luar galak menghina dan menceroboh hal ehwal agama Islam.


Katanya, melihatkan perkembangan terkini di mana agama Islam dengan begitu mudah diperkotak-katikkan pihak musuh, pemimpin kedua-dua parti itu seharusnya mengetepikan perseteruan politik masing-masing dan bangkit mempertahankan kesucian agama Islam.

Tambahnya, sikap 'pengecut' tersebut menggambarkan pemimpin politik yang ada kini seolah-olah tidak mempunyai 'telur'.

"Sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana 'telur' kita? Apakah kita sudah tidak ada 'telur' lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya?," katanya dipetik dari tulisannya di ruangan Buka Minda dalam Sinar Harian.

Ridhuan turut merungkai isu korban dan sembelihan di sekolah dan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Kristian.

Beliau turut menzahirkan rasa kecewanya apabila tidak ada menteri yang tampil mempertahankan dua isu itu.

"Apa kita buat? Kenapa kita begitu dayus? Kita terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terguris," soalnya kecewa.

Ridhuan dalam pada itu mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang mengambil pendekatan 'suka memberi' dan menunaikan apa jua permintaan pada musim Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) demi mendapatkan sokongan rakyat.

Ini juga katanya termasuk permintaan kaum minoriti yang mahu cuti perayaan sebanyak dua hari diluluskan.

"Penting sangatlah kerusi Dun Sungai Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya. Jika Umno tidak memenangi Dun Sungai Limau pun, Umno masih memerintah Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang.

"Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Peribumi Maori merempat di tanah air sendiri bila orang lain menguasai," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia juga dalam masa yang sama turut membidas pemimpin PAS yang kononnya berjuang atas dasar Islam, namun seolah membisu apabila tiba kepada bab yang menyentuh maruah Islam.

"Kecuali Harun Taib dan Haron Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain," ujarnya.

Melihatkan kepada perkembangan ini katanya, adalah sangat wajar sekiranya sebuah parti politik ditubuhkan bagi menggantikan Umno dan PAS sebagai alternaif kepada umat Islam, seperti yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial Facebook kini.

"Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu).

"Antaranya adalah ISMA, Perkasa, Jati, Muafakat, Macma, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh jadi satu realiti. Kepimpinan hari ini kena ingat, kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO ini.

"Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang ada telur," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC