Pages

Followers

ENTRI TERBARU MALAYAN FIGHTER

Saturday 2 November 2013

Kes Ambank – Polis temui petunjuk baharu!!



SHAH ALAM - Polis berkeyakinan tinggi akan dapat menyelesaikan kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya dekat sini pada 23 Oktober lalu berikutan penemuan berikutan penemuan beberapa lagi petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan kejam tersebut.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri menganggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.

“Setakat ini tiada tangkapan baru, hanya 11 individu warga Indonesia termasuk isteri dan adik lelaki suspek utama yang ditahan bagi membantu siasatan.

“Pihak polis juga percaya tiada penglibatan rakyat tempatan dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pembunuhan tersebut berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya, menurut sumber Utusan.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.-http://www.kualalumpurpost.net

No comments:

Post a Comment

DARAH SATRIA

Popular Posts

Entri Malayan Fighter

SILA KLIK PIC