Hari ini, rata-rata ibu bapa terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan. Mahu tak mahu, anak-anak dihantar ke nurseri atau pusat penjagaan kanak-kanak pada waktu siang.
Malangnya, terdapat banyak kes penderaan pernah dilaporkan berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Video ini membuktikan salah satu daripadanya.
Video ini berjaya dirakam apabila salah seorang bapa meletakkan kamera kecil di beg anaknya. Sebaik meneliti hasil rakaman, dia terkejut besar. Malah sesiapa pun yang menonton pasti menggelengkan kepala cara kanak-kanak yang masih kecil ini dilayan.
Bayangkan, kanak-kanak yang belum tahu apa-apa dipaksa oleh dua pekerja pusat jagaan untuk mengambil pelbagai barangan termasuk seluar, beg dan lampin dengan suara yang kasar.
Pakaikan baju pun tak berlembut langsung dan menggunakan kata ganti panggilan aku-engkau sahaja dengan kanak-kanak.
Paling tidak tahan, ada si kecil yang dipukul dengan geram apabila tidak mampu mengikut cakap mereka. Pukul pula bukan perlahan atau di kaki tapi di kepala terus. Kemudian budak yang menangis dibiarkan begitu sahaja tanpa dipujuk.
Daripada perbualan dua ‘ekor’ perempuan ini, dapat dirumuskan mereka bukanlah manusia yang sayangkan kanak-kanak tapi kemungkinan besar bekerja untuk duit semata-mata.
Apa pun, semoga video ini membuka mata pihak berkenaan untuk menaik taraf pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia ke tahap profesional dengan jaminan keselamatan dan pengambilan pekerja bertauliah.
Jadi ibu bapa tidak perlu berasa gusar memikirkan nasib anak-anak sementara mereka mencari nafkah setiap hari.
sumber
cibai la dua ekoq tu... dapat kat aku pecah muka
ReplyDeletetak baik camtu
ReplyDeleteCelaka punya betina.apesal jht sgt mcm tu.bini sape la tu.xde sifat keibuan lgsg.
ReplyDelete